Kelas
: Prasekolah Bestari
Tarikh
: 21 Mei 2012
Masa
: 9.00 pagi – 9.40 pagi
Bilangan
Murid
: 25
orang
Tunjang
Utama
: Bahasa Malaysia
Tajuk/Tema
: Kenderaan Darat
Standard
Kandungan : (2.1.Berinteraksi
dengan mesra.)
Standard
Pembelajaran : (2.1.4.Berinteraksi secara sopan dan
bertatasusila).
Kesepaduan
Tunjang
:
(BM3.5.1)
Membatangkan (mengeja sambil membaca) dua suku kata untuk menjadi perkataan.
(BM3.5.4)
Membatangkan tiga suku kata terbuka untuk menjadi perkataan (contoh: kereta)
(BM3.5.5) Membatangkan
suku kata tertutup untuk menjadi perkataan (contoh: dan)
(BM 4.2.6)
Menyalin perkataan dengan cara yang betul.
(ST4.2.1)
Membilang objek 1-10
(ST4.2.3) Memadan bilangan objek dengan
simbol nombor 1-10
(KTI 2.4.5) Membuat pergerakan bebas
mengikut muzik.
Objektif
Pembelajaran : Selepas proses pengajaran
dan pembelajaran murid dapat :
1) Menyatakan dan mengeja kenderaan darat dengan betul.
2) Membilang dan mengetahui bilangan kenderaan darat yang
dipelajari.
3) Mengetahui tayar sesuatu kenderaan darat dengan betul.
4) Menyanyikan lagu ‘Bapaku Pulang dari Kota’ mengikut irama
yang betul.
Pengetahuan sedia
ada : Murid biasa melihat kenderaan- kenderaan darat di
persekitaran
mereka.
Kemahiran Berfikir
(KBKK) : Membuat ramalan , menyenaraikan
Penerapan
Nilai
: Yakin , bersyukur, bekerjasama.
Bahan Bantu
Mengajar : Perisian komputer-tema kenderaan
darat, carta lagu,
Lembaran
kerja, Kad perkataan bahan rekaan dan
Bahan maujud.
Langkah /Masa
|
Isi Kandungan
|
Aktiviti Pengajaran
Dan Pembelajaran
|
Sumber/ Catatan
|
Set Induksi
(5 Minit)
Aktiviti kelas
|
Bunyi Kenderaan
|
-Guru menunjukkan
gambar kenderaan dan murid membuat bunyi kenderaan darat seperti motosikal,
kereta, lori, bas dan beca.
|
Radio
Rakaman bunyi
|
Langkah 1
(10 Minit)
Aktiviti Kelas
|
Ejaan
|
-
Guru menunjukkan gambar
kenderaan
darat sambil murid
menamakannya.
-Murid menyebut dan
mengeja nama kenderaan darat tersebut.
-Bersoaljawab
dengan murid
tentang
kepentingan
kenderaan
darat.
|
Kesepaduan:,
PFK
BBM:
Gambar,kad
perkataan, replika kenderaan darat.
|
Langkah 2
(10 Minit)
Aktiviti Kelas
|
Pengiraan
(soalan pada slaid
komputer)
|
-Murid menyatakan bilangan
kenderaan yang dipelajari hari
ini.
-Murid
menyatakan bilangan tayar pada kenderaan darat
yang telah
dipelajari.
|
Kesepaduan:
Awal Matematik
KBKK:
Menyenaraikan
|
Langkah 3
( 10 Minit)
Aktiviti
Individu
|
Penilaian
|
-Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid.
-Mengisi tempat kosong perkataan kenderaan
darat
yang betul dan mewarnakannya.
|
KBKK:
Banding-beza
BBM:
Lembaran kerja
|
Penutup
(5 Minit)
|
Nyanyian
“Bapaku Pulang Dari
Kota”
|
-Murid menyanyikan lagu “Bapaku Pulang Dari
Kota “ dengan bimbingan guru.
-Murid menyanyikan lagu sambil membuat pergerakan.
|
MI: Kecerdasan
Pertuturan, Kecerdasan Interpersonal
Kesepaduan:
Kreativiti dan Estetika
|
Ini bukanlah yang terbaik tapi bolehlah dijadikan contoh dan panduan...
No comments:
Post a Comment