Oleh Nor Affizar Ibrahim
Ada menyatakan hantar anak ke tadika
swasta lebih terjamin, boleh membaca serta menulis dengan baik. Apabila kanak-kanak
di negara ini mencapai usia lima hingga enam tahun, ibu bapa lazimnya akan
memastikan anak mereka dihantar ke tadika atau tabika sama ada yang dibiayai
oleh kerajaan atau pun swasta. Langkah itu adalah sebagai persediaan,
menyediakan asas yang kukuh kepada kanak-kanak itu sebelum pendidikan formal di
sekolah rendah.
Namun, agak mendukacitakan walaupun sudah dihantar ke prasekolah, ada kanak-kanak yang sudah memasuki Tahun Dua mahu pun Tiga, masih tidak dapat mengenal ABC atau hanya mampu membaca merangkak-rangkak. Sehingga akhirnya, terpaksa mengikuti kelas pemulihan bagi menguasai kemahiran berkenaan. Kegagalan kanak-kanak yang sudah melangkah ke sekolah rendah menguasai kemahiran asas membaca dan menulis dengan baik, meskipun mendapat pendidikan awal prasekolah adalah antara cabaran dunia pendidikan masa kini.
Namun, agak mendukacitakan walaupun sudah dihantar ke prasekolah, ada kanak-kanak yang sudah memasuki Tahun Dua mahu pun Tiga, masih tidak dapat mengenal ABC atau hanya mampu membaca merangkak-rangkak. Sehingga akhirnya, terpaksa mengikuti kelas pemulihan bagi menguasai kemahiran berkenaan. Kegagalan kanak-kanak yang sudah melangkah ke sekolah rendah menguasai kemahiran asas membaca dan menulis dengan baik, meskipun mendapat pendidikan awal prasekolah adalah antara cabaran dunia pendidikan masa kini.
Bagaimanapun, yang membimbangkan,
jika masalah itu dibiarkan berterusan kanak-kanak terbabit mungkin hilang terus
minat mereka untuk ke sekolah. Akhirnya, boleh menyebabkan mereka tercicir
daripada alam persekolahan.Isu itu turut menimbulkan pertanyaan, di manakah
silap atau apakah kekurangannya sehingga kanak-kanak itu tidak boleh membaca
dan menulis walaupun mereka sudah mendapat pendidikan awal persekolahan.
Selain memberikan pelbagai pendapat,
ada juga yang membuat perbandingan dan menyatakan menghantar anak ke tadika
atau tabika swasta adalah lebih baik serta terjamin bagi memastikan mereka
boleh membaca dan menulis dengan baik.Dengan yuran lebih mahal dan kelengkapan
serta kemudahan serba lengkap dan canggih disediakan oleh tadika swasta, ibu
bapa yang menghantar anak mereka ke prasekolah seperti itu sudah tentu
mengharapkan pencapaian lebih baik.
Persoalannya, adakah benar persepsi
bahawa tadika swasta lebih baik berbanding tabika yang dibiayai kerajaan dan
jauh lebih murah yurannya? Tadika swasta juga dikatakan turut memberi jaminan
kanak-kanak yang dihantar ke situ tidak akan berdepan dengan masalah kegagalan
menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) apabila memasuki
sekolah rendah kelak.
Guru Taman Bimbingan Kanak-kanak
(Tabika) Kemas PPR Kerinchi, Azizah Ibrahim, berkata persepsi itu tidak tepat
sama sekali. Apatah lagi, corak pengajaran dan pembelajaran di tadika swasta
serta tabika dibiayai kerajaan, tidak jauh bezanya.Berpengalaman 10 tahun dalam
bidang pendidikan prasekolah, Azizah berkata, kegagalan kanak-kanak membaca
bukan bergantung sama ada prasekolah itu swasta atau pun sebaliknya tetapi ada
banyak faktor lain."Tidak dinafikan persekitaran dan kemudahan yang
disediakan oleh tadika swasta adalah lebih baik tetapi ia berbaloi dengan
bayaran dikenakan apabila kanak-kanak belajar di situ. Bagaimanapun, pengalaman
saya mendapati ada juga kanak-kanak yang belajar di Tabika Kemas, misalnya dan
hanya mengenakan bayaran RM20 sebulan, pencapaiannya jauh lebih daripada yang
belajar di tadika swasta serta terpaksa membayar beratus ringgit sebulan.
Malah, pernah berlaku ada ibu bapa yang tidak puas hati dengan pencapaian
anaknya di tadika swasta menghantar anak ke tabika Kemas dan hasilnya,
kanak-kanak itu menunjukkan kemajuan," katanya.
Azizah berkata, jika kemajuan
kanak-kanak yang dihantar ke tadika swasta adalah lebih baik itu memang
sewajarnya kerana dengan suasana lebih selesa dan kondusif, sudah tentu tumpuan
pembelajaran adalah lebih baik.Katanya, berbanding dengan tabika yang dibiayai
oleh kerajaan ada beberapa kekurangan atau kelemahan terutama pada persekitaran
dan kelengkapan alat bantu bantu mengajar, sekali gus ada ketika tumpuan
pembelajaran kanak-kanak tidak begitu memberangsangkan.
"Namun, tidak semua ada juga
tabika Kemas yang keadaannya cukup sempurna. Ini bergantung ikut sesuatu tempat
dan kawasan. Misalnya, di tempat saya mengajar kini, tempatnya agak kecil dan
hanya mampu menampung sehingga 25 kanak-kanak saja."Dalam keadaan tempat
yang terhad, kanak-kanak berusia lima dan enam tahun terpaksa dicampurkan dalam
satu kelas. Ada yang melihat ini tidak bagus kerana perbezaan usia menyebabkan
pembelajaran menjadi sukar kerana cara penerimaannya tidak sama.
Sebenarnya, inilah bukanlah masalah
besar kerana biasanya apabila membuat latihan atau gerak kerja, saya akan
bezakan mereka mengikut usia. Mungkin ada sedikit kelemahan tetapi
kadang-kadang saya lihat kanak-kanak usia lima tahun pencapaiannya lebih baik
daripada yang berusia enam tahun," katanya.Azizah berkata, selain sifat
kendiri kanak-kanak, peranan ibu bapa sebenarnya jauh lebih penting bagi
menggalakkan kanak-kanak cepat dapat membaca dan menulis.Ibu bapa tidak boleh
hanya mengharapkan guru untuk mendidik anak mereka sedangkan tiada usaha
langsung yang dilakukan di rumah sebagai galakan untuk anak terus meningkatkan
pembelajaran.
"Pembelajaran untuk anak
mestilah berterusan. Kita kena faham konsep belajar di tabika hanya antara dua
hingga tiga jam sehari. Ini sudah tentu tidak cukup. Jadi, apabila anak berada
di rumah perlu ada kesinambungan dan ibu bapa perlu beri dorongan serta
membantu sama anak belajar. "Selain itu, interaksi antara ibu bapa dan
guru mestilah dua hala. Jika ada interaksi itu barulah kita sama-sama dapat
mengesan lebih cepat kelemahan atau kekurangan yang ada pada kanak-kanak itu.
Di tabika, seorang guru yang terpaksa mengajar 25 murid tentu sukar atau lambat
mengesannya," katanya.
Memang pun, masa kini anak-anak yang dihantar ke tadika swasta masih ramai yang tidak pandai membaca. Senario pembelajaran itu sangat bergantung kepada persekitaran dan pertumbuhan anak-anak itu bersama ibu bapa mereka. Tadika swasta maupun tadika kerajaan sama sahaja kerana masih tidak mampu melahirkan pelajar yg 100% membaca ketika menganjak ke tahun 1 sekolah. Ibu bapa mesti ambil peranan. Guru hanya membantu dengan teknik pembelajaran.
ReplyDeletesalam kenal,jmput follow kmbali :)
ReplyDeletebetol bergantung kepada kanak2 tapi sistem pembelajarn di pra dan tadika swasta pon berbeza.. contohnya di pra masih lagi mengajar cara mengeja dan itu sgt mengambil masa xg pnjg utk kanak2 boleh membaca sebaliknya di tadika swasta sistem pembelajaran berkonsepkan fonik.. saya hanta anak usia 5 tahun di tadika swasta sudah pandai membaca sebutan fonik.. tapi 6tahun hanta pra sekolah reserved balik bace A besar a kecik sampai z di ulang2 masuk 3 bulan belom ajar membaca tetapi masih ulang abc lagi.. sistem di pra perlu dipertingkatkan dan buku2 pon harus senang dipelajari oleh kanak2.
ReplyDelete