Hai...Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia
Sempena cuti sekolah yang tak ke mana-mana....Mesti sibuk nak ke sekolah...Riuh rendah dengan suara anak - anak bertelagah dan berkelahi..Hi..Pening juga...Sibuk dengan assignment lagi.Menguruskan rumahtangga lagi...Kenduri kahwin yang tak berhenti - henti undangan...Tapi...apa-apa pun cuma nak berkongsi resepi manalah tahu...nak buat kuih sempena petang - petang hari cuti ni...Try yerrr kalau menjadi...cakap..kalau sedap...beritahu...Selamat Mencuba....
Bahan - Bahannya :
4 Keping Roti sandwich -sapu ngan butter
2 biji telur
1 cawan susu sega
4 sudu besar gula perang atau biasa
2 sudu yogurt
1 sudu kecil esen vanilla
Secubit garam
Cara Nak Masak :
Potong roti ikut suka - bentuk kiub pun boleh dalam tin ukuran 4 X 6.
Panaskan susu dan yogurt dalam 10 minit atau sehingga nampak buih - buihk kecil ,padamklan api.
Sementara tu,pukul gula dan telur hingga sebati dan tidak berketul campurkan bersama susu yang dipanaskan tadi sedikit demi sedikit.
Kemudian tuangkan dalam bekas acuan roti yang dipotong kiub tadi hingga meliputi keseluruhan roti dan biarkan selama 20 minit untuk roti menyerap bancuhan tadi.
Panaskan oven hingga 180c dan bakar antara 25 hingga 30 minit.
Sejukkan dan siap untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment